Sunday, 16 February 2014

DENDAM ALONG PADA ANGAH

Apabila kita redha pada sesuatu yang  mengecewakan hati kita , maka percayalah ALLAH akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka"

DENDAM ALONG PADA ANGAH

Apa yang aku tahu , dari kecil along takpernah mendapat kasih sayang daripada ayah. Ayah lebih sayangkan angah daripada along . Pernah sekali aku lihat ayah memarahi along .
Ayah : kau tu selalu menyusahkan aku je. Takpernah nak banggakan mk bpk kau nie. Kau tengok adik-adik kau yang lain . Semuanya dengar ckp tak mcm kau . Nakal , menyusahkan aku je.
Along hanya terdiam membisu sahaja. . Aku sering nampak along menagis di dalam biliknya . Pernah sekali aku terlihat along meconteng gambar angah. . Bg along angah penyebab semua ini. bg dia angah dah merampas segala kasih syg Ayah dan ibu kepadanya . Bila aku lihat kasih syg yang ayah berikan kepada along amat berbeza . Antara kami along yang paling banyak menderita . Aku kesiankan along .
<5 tahun kemudiaan>
Selepas kematian ayah , angah banyak mendiamkan diri selama 5tahun angah bersedih , baginya hilang tempat dia bermanja selama ini. Tapi bagi along. Kematian ayah adalah balasan kerana selama ini telah mengabaikannya . Semasa kematian ayah aku tidak pernah lihat setitis airmata along yang jatuh . Dan selepas itu tiada lagi airmata daripada along.
Aku mula perasan along mula berubah. Along mula berkasar dengan angah . Tapi kadang-kadang along dan angah okey bergurau senda , ketawa bersama . Tapi ada masa along memarahi angah. Aku mula perasan setiap kali along memarahi angah pasti dia akan menyebut nama arwah ayah.
Hari semakin hari , waktu silih berganti .
Semasa PMR angah menjadi pelajar cemerlang di sekolah. angah sudah membanggakan ibu . Dan keluarga. Tp bagi along , angah cuma ingin mengambil segala kasih sayang ibu dan ingin mengambil perhatiaan ibu sahaja. Dia tidak mahu angah merampas kasih sayang ibu pula . Setiap kali angah keluar untuk pergi ke kelas tuisyen pasti along memburuk-burukan angah . Pernah sekali dia berkata pada ibu.
Along : manja sangat lah anak ibu tu , entah entah suatu hari dia pijak kepala ibu . . Ibu percaya sangat dekat dia. Entah entah dia keluar dengan jantan . Kita mana tahu . Budak sekarang mana boleh percaya bu . Depan mak bapak lain belakang mak bapak keluar semua belang  *dalam hati along puas, puas dengan kata-katanya itu. Sekurang-kurangnya lepasni ibu tidak manjakan angah *
Ada satu kejadian yang takpernah aku lupakan .
Semasa itu ibu tiada dirumah .
Pada hari itu angah meminta tolong kepadaku untuk membantu dia di dapur . Sedang sibuk angah memotong bawang along menarik rambut angah .
Along : aku nak duit !
Angah : auh . . Sakit lah. .
Along : bak duit !!!
Angah : angah tak ada duit lah along .
Along : *pungah bilik angah , tiba tiba along terjumpa tabung angah * ni apa? Sampah ?
Angah : along, tolonglah jangan ambil duit tu , itu duit simpanan angah untuk belajar. Spm nak dekat along . Kesiankan lah angah long .
Along : apa aku kisah ? Nak kesiankan kau memang tak lah. . Ayah je yang boleh kesiankan kau . Duit ni aku nak beli ubat aku . Kau jgn sibuk dengan urusan aku .
Angah : along !! Sampai bila along nak hisap dadah ?! Along ingat selama ni angah tak tahu apa along buat . Kalau ibu dengan arwah ayah tahu mesti dorang sedih .
Along : gedebok !!! *bagi penumbuk dekat angah , mula mula belah kanan dan kemudian dibelah kiri (aku hanya mampu menagis semasa itu . Tiada apa yang boleh aku lakukan )
Angah : sa. . . Kit. . . Long . . .
Along : hahaha !!! Ape nak lagi ? Biar kau rasakan ! Mati lah kau mcm bapak kau ! Kenapa ? Kau nak mengadu dekat bapak kau ? Pergilah . ! Aku tak takut . *sambil menjerit .
Masa itu aku lihat angah seperti mayat hidup . Puas dia menagis agar along berhenti memukulnya . Aku lihat angah seperti tidak bermaya . Semasa itu angah terjatuh diatas lantai. Dan semasa itu juga along memijak badan angah .
Angah : a. . Long. . Sa. . Kit . . .
Along : kalau aku tahu korang berdua bagitahu ibu aku bunuh korang . Ingat tu ! Kau ingat aku sayang kau ? Jangan mimpi sebab kau ayah selalu pukul aku . Dan sebab kau terlalu bijak ambil hati ayah aku benci kau ! *terus pergi meninggalkan kami .
Angah : *hanya terdiam membisu dan menagis tak henti. *
Kini , aku benci along ! Mungkin dulu aku kesiankan dia tapi sekarang tidak lagi.
Angah meminta aku berjanji kepadanya supaya tidak menceritakan apa-apa kepada ibu .
Ke-esokan harinya aku terdengar along meceritakan kepada ibu .
Along : ibu , semalam along pukul anak kesayangan ibu tu .
Ibu : astarfirullah al azim . Kenapa along pukul angah ?
Along : kalau along bagi tahu ibu ,ibu jangan bagitahu dkt angah yang along bagi tahu ibu ye .
Ibu : *hanya terdiam *
Along : semalam masa ibu keluar , along nampak angah bawak masuk laki kat dalam rumah . Along mengamuk lah. angah menagis-nagis agar along tidak meceritakan kepada ibu .
*ketika itu aku lihat ibu menagis sepuas hatinya , dan selama sebulan ibu tidak pernah menegur angah mahupun bersalaman dengan angah *
>1bulan kemudiaan peperiksaan spm berjalan dengan lancar . Dan selama itu juga aku lihat angah seperti orang sakit . Hubungan dia dengan ibu pun tidak rapat seperti dulu Bagi ibu mungkin angah mengadung sebab itu sekarang dia selalu sakit dan muntah-muntah ibu berfikiran bahawa kata-kata along memang benar . Semejak itu angah lebih banyak meluahkan perasaanya didalam dairy kesayanganya . Jika dulu ibulah tempat dia becerita tapi sekarang dairy lah tempat dia becerita . Malam terakhir untuk kertas peperiksaan spm yang terakhir angah berpesan kepadaku .
Angah : adik , kalau terjadi apa-apa dekat angah , tolong bagi along baca buku ni ye :) .
aku : baiklah angah .*hanya itu yang mampu aku katakan semasa itu*
>keesokan harinya cikgu angah menelefon ibu untuk pergi ke hospital . Kata cikgunya tamat sahaja kertas terakhir angah , Angah terus pengsang , diatas mejanya pula penuh dengan darah , dan doktor sahkan usus perut angah rosak mungkin disebabkan along memijaknya haritu . *ketika itu aku hanya melihat ibu menagis dan terduduk . Ibu bertanya kepadaku apa yang terjadi kepada angah. Aku hanya mampu mengalirkan airmataku .
Dan aku menceritakan segala-galanya pada ibu . Dan 30minit kemudiaan doktor memberitahu angah sudah pun pergi menghadap ilahi . *
Ibu menagis teesak-esak. Dia rasa menyesal sebab layan angah teruk sgt selama 2bulan ni dia takpernah bertegur dgn angah mahupun bersalaman dengan angah .
*ya allah kejam sungguh diriku ini , ampuni lah dosaku ya,allah* doanya di dalam hati.
Tiba-tiba ibu rebah, aku menjerit-jerit memanggil nama ibu . Tp ibu tidak sedarkan diri . Aku menagis sepuas hatiku . 5minit kemudiaan ibu disahkan meninggal dunia .
Aku menagis sepuas hatiku .
Selepas kenduri tahlil ibu dgn angah , along menagis sepuas hatinya . Aku lihat along seperti hilang arah selepas maksu (adik kepada ayah ) meceritakan bahawa dia sebenarnya ank angkat ibu dan ayah. Semasa itu dia berumur 1minggu . Ayah kandung along disahkan menghidap penyakit HIV manakala ibunya pula dipaksa menjadi pelacur untuk meyelesaikan hutang bapanya kepada gengster gengster jalanan . Ayah kandung along memaksa ibunya membuang along ditepi longkang baginya along akan menyusahkan mereka. Tetapi suatu hari ibunya terjumpa dgn ayahku , ayahku sanggup membeli along yang pasti dia tidak mahu lihat seorang bayi diseksa . dia sanggup menjaga along dan membesarkan along . Lalu ibu kandungnya menyerahkan along kepada keluargaku .
Semasa along kecik ayah sgt menyayangi along seperti anaknya sendiri . Semua permintaan along ayah penuhi . Tetapi selepas doktor sahkan ibu mengadung ank perempuan ayah sangat teruja . Kasih syg ayah kepada along sebenarnya tidak pernah berubah . Ayah tidak pernah memilih kasih sayang kepada anak anaknya . Cuma kadang-kadang ayah bertegas dengan along supaya along tidak ikut perangai ayah kandungnya . Setiap kali selepas ayah memarahi dan memukul along pasti selepas along tidur ayah masuk kebilik along dan mencium pipi along . Bagi ayah dia ingin mendidik along. Dia sangat sayangkan along. Cuma dia tidak tunjuk semua itu . Dan yang paling sebak di hati along ayah memberikan dia hadiah iaitu syarikat yang perlu along laksanakan . Menurut kata adik ayah , along ialah anak angkat dan along tidak boleh mewarisi harta ayah tetapi jika ayah beri sebagai hadiah ia tak salah sama sekali . ayah tidak mahu selepas kematiaanya along berpendapat yang ayah tidak menyayanginya seperti menyayangi aku dan angah.
ayah memesan kepada ibu bahawa merahsiakan asal usul along dia tidak mahu along rasa terpinggir dan terhina .
Malam itu along menagis sepuas hatinya . Sebab dendam , dia kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan orang yang menyanyanginya. dia kehilangan seorang adik yang takpernah berdosa kepadanya . Adik yang takpernah melakukan kesilapan . Cuma sebab dendam di hatinya dia melakukan semua itu .
Aku menyerahkan diari angah kepada along. Dulu angah pernah berpesan supaya menyerahkan diari itu kepadanya . Di satu muka surat along membaca sambil mengalirkan airmata .

Assalamualaikum ,

Along . Angah sakit sangat , angah rasa hidup angah dah tak lama . Along , jangan risau kalau terjadi apa apa dekat angah . Angah dah maafkan along . Along , ingat tak masa kecik kecik kita selalu bermain bersama . Walaupun along lelaki tp along sanggup teman angah main pondok-pondok . Along ingat tak masa along marah angah panjat pokok nenek ? Masatu angah ingat along ni tak sayang angah tp rupanya along taknak angah jatuh. Along ingat tak lagi masa kita dua kena tuduh curi kasut kat masjid , budak budak nakal tu saja nak tuduh along supaya ayah dan ibu marah along ? Masatu muka along cool je kan . Selamat masa tu ayah dan ibu percayakan along sebab dorang tahu didikan yang dorang bagi kat kita adalah yang terbaik . And along ingat tak ? Keesokan harinya pula kasut kita dua hilang ? Itu semua angkara bdk bdk nakal . Dorang nk balas dendam kat kita. Sebab ayah dan ibu tak marahkan along . Masa kita balik dari masjid kita berkaki ayam . Masatu along tak bagi angah jalan tanpa kasut sebab takot kaki angah luka . Jdi along suruh angah naik dibelakang along. Ingat tak ? Di satu jalan along terpijak kaca. Kaki along berdarah . Tp along tetap nak gendong angah . Masatu angah menagis long . Angah takpernah lupa kasih syg along pada angah . Dan sampai bila bila angah takpernah berdedam kat along walaupun haritu along pukul angah . Cuma 1Je angah nak . Along tolong lah berubah. Berhenti tabiat yang kotor itu . Angah pasti suatu hari nanti along akan membanggakan keluarga kita .
"jika di dalam hati penuh dengan dendam kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita , dan kerana dendam juga kita akan kehilangan segala-galanya , buang lah perasaan dendam di dalam hati. Sebaiknya kita perlu belajar memaafkan orang lain "
Salam sayang adikmu.
=ANGAH COMEL ^^
<10tahun kemudiaan>
Selepas along keluar daripada pusat pemulihan kini along sudah meninggal semua perbuatan dia . Selepas kematian angah dan ibu , along berhenti menghisap dadah , dan along dimasukan di pusat pemulihan . Aku pula dijaga oleh makcik saudara ku . kini along menjadi seorang yang berjaya . Along telah membuka tempat perlindungan untuk orang-orang yang bernasib malang . kini aku bangga dengan along. Dan semua ini juga disebabkan AYAH , IBU dan ANGAH , disebabkan penyesalan along kepada angah dia berusaha untuk berubah . Aku pun sudah membuang perasaan benciku ini kepada along . Aku sudah pun memaafkan along. Siapa aku untuk menghukum along ? Aku pun tidak sempurna . Dan kita semua sebagai manusia ada kekurangan . Jangan memandang hina dan jangan suka menghukum orang lain atas kesalahan dia yang dulu .
"yang kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk kita terus berjaya dan menjadi manusia yang terbaik "
Note : kita takperlu berdendam dengan orang lain , sebaiknya memaafkan mereka. Anggap saja mereka tidak sengaja melakukan kesilapan yang mereka lakukan . Bila dah ada dendam dalam hati kita semakin susah ingin mendapat ketenangan hati. . Bila mereka sudah berubah jangan sesekali mengukit kisah silam mereka kerana bukan senang untuk mereka berubah. Dan sebagai manusia kita semua tak sempurna kita ada kekurang jadi terimalah kekurang mereka kerana dalam kekurangan mereka , mereka juga mempunyai kelebihan .
ALLAH ITU MAHA ADIL :) .

Thursday, 6 February 2014

AKU , KAU & JANJI

"Hidup tanpa sahabat seperti bilik yang gelap tanpa lampu , sunyi tanpa alunan zikir "
Awak . . Awak . Siapa shbt awk? Wah . . Oh dia . Lagi lagi ? Oh . . Bnyk nye shbt awk . . !!!
Mesti bnyk janji-¡¡ manis kn ?
Macam cerita NAJWA DAMIA  dan FARZANA
<Ketika perjalanan mereka untuk pulang ke rumah >
Mia , mia . Kau rasa kan kita kwn sampai bila ? *tanya farzana pada mia*
Sampai mati .*bls mia*
Tapi kau tak rasa ke , nanti bila kita dah sambung belajar dah berjaya masing-¡¡
dah tak rapat mcm skrng . *bls farzana*
Ye , aku tahu tu , tapi aku janji dgn kau kita akan kawan sampai bila-¡¡ samapai kau ada ank cucu , cicit , masa tu muka kau dah berkedut-¡¡ dah tak cantik mcm sekarang tapi masa tu aku still bersama kau , AKU JANJI KITA AKAN KAWAN SAMPAI AKU MATI ^^ !!
Kalau aku mati pun kau jgn risau persahabatan kita akan kekal hingga ke jannah !!
* buat muka comel *
*bls damia pada farzana*
Kau ni pahal ? Asyik ckp pasal mati je . Yelah tu nk kwn dgn aku sampai mati >.< ntah ntah nanti dah ada bopren lupa aku kan *buat muka sedeh*
*bls farzana pada mia *
Asal kau tak percaya dengan aku ? *bls mia*
Manusia boleh berubahlah mia , manusia juga boleh lupakan janji *bls farzana*
tapi aku tak mcm dorang , aku akan TEPATI janji aku . Kau pun tahu kalo kita mungkir janji kan dosa , aku taknak tambah dosa yang ada . Kalau boleh sepanjang hidup aku , aku nk buat kebaikan . *bls mia pada farzana*
Em , ealeh. . . Kita tengok jelah 5tahun lg <sambil kira pakai jari > takpun 4tahun lg takpun 3tahun lg *farzana berckp sambil melintas tanpa melihat kiri dan kanan*
takpun 2ta. . .  (ANNA !!!!!!) mia menjerit sambil belari ke arah farzana dan menolak dia ke tepi .
<farzana tesungkur di tepi longkang> aduhh. . Sakitnya . . . *sambil pandang kearah damia * dengan muka y terkejut melihat damia terlentang di bahu jalan dgn darah y bnyk . *MIAA !!!!!!!!! * jerit farzana . . Bangun mia . Bangun !!! Aku syg kau . Dgn nada y teresak-¡¡ dgn tangingsan yang makin kuat. .. Anna. . . A. .ku. . Dah. . . Tu. . Nai. . Kan. . Jan. . Ji. .  a. Ku. . Un. . Tuk . . Ka. . Wan. . Den . . Gan. . . K. . A. . U . . Sam . . Pai . . A. K. U . . Ma. . Ti . . . *bls mia *
Mengucap mia ! , jgn tinggal kan aku !! Aku syg kau . 2minit kemudian mia tidak lg boleh begerak seperti tadi . Mia kelihatan kaku , tanpa bersuara . * allah lebih sygkan dia *
"kata salah sorang daripada org awam disitu"
Miaaaa !!!!!!!!!!!!!!!! *jerit farzana*

Note : hargai lah sahabat yang masih bersama kita. Bukan senang nak mencari sahabat . Dan bukan senang untuk hidup tanpa sahabat .

Wednesday, 5 February 2014

SALAM PERKENALAN ^^

Assalamualaikum 

Salam perkenalan guys , Korang boleh panggil aku Ika .
Aku suka membaca aku suka berangan , jadi dari aku berangan baik aku buat satu cerita yang indah kan ? kadang-kadang aku suka buat cerita berdasarkan keadaan sekeliling aku , pegalaman hidup orang yang aku kenal dan jadikan sebuah cerita yang menarik ..

Maaf atas kekurangan jalan cerita dan kekurangan tatabahasa , aku buat blog ni just for fun . Yang selalu support aku dari belakang Aku ucapkan terima kasih.